05 September 2012

Papan Pemuka Blogger Baru (2011)






1. Butang New Blog. Klik butang ni kalau nak buat blog baru.

2. Kalau ada lebih dari satu blog semua blog akan ditunjukan dalam papan pemuka blogger ni. Klik pilih blog untuk sebarang tindakan.

3. Lepas klik pilih blog, blogger akan buka papan pemuka blog berkenaan. Dalam menu sebelah kiri:

3.1. Menu Overview. Blogger akan pamirkan graf pengunjung yang datang ke blog ikut haribulan:


3.2. News From Blogger. Berita terbaru blogger ditunjukan di sini.


3.3. Publish blog posts on the go. Publish blog melalui telefon bimbit klik butang Get Blogger for mobile:


3.4. Posts. Senarai semua pos-pos yang ada dalam blog:




3.5. Blog Pages. Untuk buat menu dalam blog.


3.6. Google+. Untuk berinteraksi dengan pengunjung blog anda.


3.7. Stats.


3.8. Earnings. Untuk yang ada akaun adsense sahaja.


3.9. Layout.


3.10. Template.


3.11. Settings.










02 September 2012

Cara Edit Kod HTML Blog

Panduan bagaimana cara untuk buka dan edit kod HTML blog terutamanya blog yang menggunakan template dari pihak ketiga (third party templates) bagi blog yang telah sedia dibina dan dipaparkan dalam papan pemuka blogger.

Log masuk kedalam papan pemuka (dashboard) blogger di sini

1. Setelah log masuk dalam paparan papan pemuka blogger pilih nama blog berkenaan.


2. Seterusnya dalam paparan muka My Blogs dalam Menu sebelah kiri pilih Template seperti berikut:


3. Lepas itu muka Template akan dibuka dan dipaparkan, dalam muka ini klik pilih butang Edit HTML seperti berikut:


4. Berikut seterusnya tetingkap Template - Edit HTML akan dibuka seperti berikut:

klik pada gambar untuk besarkan

4.1 Buat pindaan yang perlu pada kod HTML jika anda mahir dengan kod HTML dan jangan lupa klik butang merah SAVE TEMPLATE bila selesai dan klik butang Back untuk kembali ke papan pemuka sebelumnya.



Sekian, selamat mencuba.


Cara Delete (Hapus) Blog

Dalam satu akaun blogger anda boleh buat seberapa banyak blog yang anda suka. Kesemua blog yang telah dibuat akan disenaraikan dalam papan pemuka (dashboard) blogger.

Panduan kali ini menunjukan bagaimana cara untuk menghapuskan (delete) salah satu blog yang tidak lagi diperlukan dari dalam papan pemuka blogger.

1. Log masuk ke dalam blogger di sini.

2. Selepas log masuk papan pemuka (dashboard) Blogger akan dibuka. Blog atau blog-blog sedia tersenarai dalam papan pemuka blogger seperti contoh berikut. Klik pilih nama blog yang hendak dihapus (delete), hati-hati jangan tersalah klik pada nama blog lain:


2.1 Selepas klik nama blog yang hendak dihapus klik pilih Settings dalam menu sebelah kiri skrin seperti berikut:


2.2 atau boleh juga terus klik Settings bawah Optins dari dalam papan pemuka Blogger seperti berikut:



3. Selepas klik Settings melalui para 2.1 atau 2.2 di atas muka Settings / Basic akan dibuka seperti berikut. Dalam menu sebelah kiri skrin di bawah Settings klik pilih menu Other:


4. Selepas klik menu Other muka berikut akan dibuka. Klik Delete Blog pada ruangan Blog Tools untuk hapus blog di atas:


5. Selepas klik Delete Blog di atas tetingkap Delete Blog akan dibuka. Jika terdapat pos-pos penting yang masih digunakan dalam blog lain pos-pos boleh di export, sila klik butang Download Blog terlebih dahulu (penerangan seperti di bawah). Setalah selesai export blog bolehlah klik Delete Blog untuk hapuskan blog berkenaan. Selepas Delete Blog blog akan terus dihapus:


5.1 Jika pilih Download Blog di atas satu fail .xml akan dibuka untuk disimpan dalam komputer sendiri. Fail ini mengandungi pos-pos dari dalam blog yang hendak dihapus. Fail .xml ini boleh diimpot dari dalam mana-mana blog lain sebagai pos biasa, sila rujuk panduan impot dalam senarai pos di sidebar sebelah.


6. Setelah blog hapus dalam papan pemuka blogger status blog yang telah dihapus akan ditunjukan. Klik menu Deleted blog ini jika ingin mendapatkan semula blog yang dihapus dalam tempoh 30 hari dari tarikh hapus blog:



Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya.

Jika anda fikir pos ini boleh membantu pautan balik dari blog anda adalah sangat-sangat dihargai. URL http://panduanuntukblogger.blogspot.com/.

Salam hormat dari

Cara Buat Blog Baru

1. Log masuk dalam papan pemuka blogger baru 2011.

2. Klik butang New Blog seperti contoh berikut:


3. Lepas klik butang New Blog blogger akan buka window Create a new blog seperti berikut di bawah:


  • taip tajuk blog baru anda dalam ruangan Title;
  • taip nama untuk alamat URL blog bergantung kepada nama yang boleh digunakan dan nama yang dibenarkan oleh bloggger;
  • pilih satu template yang disediakan; dan
  • klik butang Create blog! untuk tindakan seterusnya:


3.5 Jika nama URL blog tidak dibenarkan error seperti berikut akan ditunjukan, sila beri nama yang lain:


4. Setelah berjaya nama blog baru anda akan disenaraikan dalam papan pemuka blogger seperti berikut:



Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya.

Jika anda fikir pos ini boleh membantu pautan balik dari blog anda adalah sangat-sangat dihargai. URL http://panduanuntukblogger.blogspot.com/.

Salam hormat dari

01 September 2012

Panduan Buat Backup Blog

Fungsi Export Blogs adalah digunakan untuk menyediakan backup atau menyimpan semua pos-pos yang ada dalam sesebuah blog dalam satu fail. Blogger akan mencipta satu fail dalam format .xml yang mengandungi semua pos-pos yang terdapat dalam sesebuah blog. Fail ini boleh disimpan dalam komputer sendiri dan boleh diimport kedalam mana-mana blog menggunakan fungsi Import Blogs.

Terdapat banyak blog yang telah dihapuskan oleh Blogger kerana didakwa telah melanggar peraturan Term of Service Blogger. Oleh kerana pihak Blogger menggunakan khidmat bot program untuk menentukan status sesebuah blog yang didakwa telah melanggar peraturan boleh membuat sesuatu blog yang tidak melanggar peraturan juga menjadi mangsa kerana dianggap sebagai blog spam. Sebelum ini terjadi sila backup blog anda menggunakan fungsi Export Blogs.

1. Klik pada nama Blog yang ingin dibuat backup seperti berikut:


2. Selepas klik nama blog muka My Blogs akan dibuka. Dalam muka My Blogs ini klik pilihan Settings dalam menu sebelah kiri:


3. Selepas klik Settings beberapa menu akan dibuka dibawah Settings. Dalam menu yang dibuka klik pilih Other seperti berikut:


4. Selepas klik pilihan Other muka Blog Tools akan dibuka. Klik pilih Export blog dalam muka Blog Tools ini seperti berikut:


5. Selepas klik Export blog tetingkap Export Blog akan dibuka. Klik butang merah Download Blog dalam teringkap ini seperti berikut:


6. Selepas klik butang Download Blog tetingkap Save File akan dibuka. Nama file .xml akan diberi (nama file ini boleh dipinda mengikut nama yang sesuai dengan blog sendiri semasa ianya disimpan). Klik tandakan butang Save File dan klik butang OK seperti berikut:


7. Pinda nama .xml yang sesuai jika perlu dan simpan file ini dalam folder komputer sendiri.

8. Fail .xml yang disimpan boleh digunakan dalam mana-mana blog lain dengan menggunakan fungsi Import Blog.

Peringatan: Fail .xml yang disimpan hanya mengandungi pos-pos yang terdapat dalam blog sahaja. Semua isi kandungan yang ada dalam sidebar blog anda tidak akan disimpan dalam fail ini, sila save sendiri isi kandungan sidebar blog anda satu persatu.


Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya.

Jika anda fikir pos ini boleh membantu pautan balik dari blog anda adalah sangat-sangat dihargai. URL http://panduanuntukblogger.blogspot.com/.

Salam hormat dari