27 December 2012

Host File Java JavaScript/MP3 di Google Sites

Kita boleh buat macam-macam efek pada gambar dalam pos blog, macam-macam teknik ada tapi semuanya menggunakan program JavaScript. Boleh buat macam-macam menu yang menarik menggunakan program JavaScript. Program JavaScript ni boleh didapatkan secara percuma dari beberapa punca.

File-file program JavaScript kalau kita nak masukkan terus dalam kod HTML template blog kita tu boleh tapi filenya panjang berjela, kerana itu kita perlu simpan file JavaScript ni dalam mana-mana file hosting kemudian buat satu pautan kepadanya dari dalam kod HTML template blog kita. Susah untuk dapat servis file hosting percuma untuk file JavaScript dalam internet melainkan kita ada beli hosting sendiri. Begitu juga dengan file-file lagu MP3 yang untuk masukkan dalam blog, semua kena dihost dulu dalam mana-mana hosting.

Google Sites ada menyediakan kemudahan untuk kita host file JavaScript atau file MP3 dalam hosting dia. Google Sites sebenarnya menyediakan kemudahan untuk orang membina laman web secara percuma, jadi kita ambil kesempatan untuk hostkan file-file JavaScript atau MP3 kita di sana. Jadi panduan ini tidak menyentuh bagaimana cara untuk membina laman web hanya panduan tentang hosting sahaja.

Sebelum kita boleh menggunakan pelbagai ragam program JavaScript kita sedikan panduan dan cara bagaimana untuk menggunakan servis hosting dari Google Sites. Sebelum ini kita mestikan mau kena simpan dulu semua file-file JavaScript atau MP3 berkenaan dalam komputer sendiri (muat turun dulu dari mana-mana punca).

1. Log masuk dalam Google Sites guna ID dan katalaluan blogger yang sama.

2. Setelah log masuk dalam Google Sites klik butang Create (nama-nama Sites yang ada tu sebenarnya laman web yang telah dibuat sebelum ini:


klik pada gambar untuk lihat imej yang lebih jelas.

3. dalam muka berikutnya klik pilih satu template yang sedia ada, taip sebarang nama laman web dalam ruangan yang disediakan, taip atau guna nama yang tertulis untuk alamat URL laman web, taip semula kod keselamatan yang ditunjukkan di bawahnya kemudian klik butang Create:



klik pada gambar untuk lihat imej yang lebih jelas.

4. Lepas ini kerangka laman web akan dibuka, biarkan dia di sini terus klik butang More:


klik pada gambar untuk lihat imej yang lebih jelas.

5. Selepas klik butang More di atas beberapa menu akan keluar di bawahnya (gambar tak dapat ditunjukkan). Bawah bahagian Site Actions dalam menu ini klik pilih menu Manage site.

6. Kemudian muka Manage Site akan dibuka, klik pilih Attachments dalam menu ini:


klik pada gambar untuk lihat imej yang lebih jelas.

7. lepas klik Attachments dalam muka berikutnya klik butang Upload:


klik pada gambar untuk lihat imej yang lebih jelas.

8. lepas klik Upload cari dan dapatkan file JavaScript atau file MP3 yang ada di simpan dalam komputer sendiri dan klik Open untuk dibuka.

9. file akan di muat turun dan nama file akan ditunjukan. Untuk dapatkan alamat URL pautan file ini klik Download dengan mouse sebelah kanana kemudian dalam menu yang keluar klik Copy Link Location. Lepas klik Copy Link Location ni alamat URL pautan pada file ini akan disimpan dalam memori komputer anda. Boleh pastekan di mana-mana sesuai untuk lihat alamat URL pautan pada file ini:


klik pada gambar untuk lihat imej yang lebih jelas.

10. Contoh alamat URL pautan. Alamat pautan ini sangat penting untuk kita gunakan dalam panduan-panduan lain kemudian nanti:

https://sites.google.com/site/namalamanweb/Scrol-to-Top.js?attredirects=0&d=1



No comments:

Post a Comment