20 December 2012

Cara Tukar Template

Bosan dengan template blog yang diguna sekarang? nak tukar template?

Ok ni dia panduan macamana cara nak tukar template. Ada dua (2) cara:

Guna template yang disediakan oleh Blogger;
atau
Guna template lain yang dibuat oleh pihak ke tiga.

Kalau nak guna template dari pihak ke tiga, kod template blog mesti di muat turun dulu dan simpan filenya dalam komputer sendiri.

1. Kalau nak tukar salah satu template yang disediakan oleh Blogger:

1.1. Log masuk dalam Blogger di sini.

1.2. dalam papan pemuka blogger pilih blog yang nak ditukar template:


1.3. Dalam muka My Blogs berikutnya klik Template dalam menu sebelah kiri.


1.4. Dalam muka template berikutnya pilih satu dari template yang ditunjukan:


1.5. Selepas pilih template yang disukai contoh template akan ditunjukan. Jika sesuai klik butang Apply to Blog:


1.6. Selepas tukar template klik View blog untuk lihat blog:



2. Cara tukar template dari pihak ke tiga:

2.1. buka kod HTML template blog dari pihak ke tiga yang telah dimuat turun menggunakan notepad atau lain-lain aplikasi text file. Highlight semua kod HTML template ini dan klik Copy.

2.2. pilih blog mana satu yang nak tukar template:


2.3. lepas klik pilih blog dalam menu sebelah kiri klik pilih menu Template:


2.4. dalam muka Template bawah Live on Blog klik pilih butang Edit HTML:


2.5. Dalam tetingkap Template Edit HTML yang dibuka klik tandakan kotak Expand Widget Templates. Highlight semua kod HTML blog yang sedia ada kemudian paste masukan kod HTML template baru yang di copy tadi. Lepas tu klik Preview untuk lihat template baru blog juga untuk tentukan tidak ada apa-apa kesalahan yang berlaku. Jika semua ok baru klik butang Save template (jangan klik Save template jika terdapat sebarang kesalahan atau Preview tidak berjaya membuka template blog baru):


2.6. Jika ok template baru blog telah berjaya digunapakai. Jika terdapat sebarang kesalahan berlaku dan Preview tidak berjaya membuka template blog yang baru, klik butang Close:


2.7. kemudian dalam tetingkap amaran You have unsaved changes that will be lost yang keluar, klik butang Ok. Template lama akan digunakan semula:



Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya.

Sebarang pautan balik dari blog anda adalah sangat-sangat dihargai. URL http://panduanuntukblogger.blogspot.com/.

Salam hormat dari

No comments:

Post a Comment