17 December 2012

List Semua Pos Dalam Sidebar Blog

Panduan bagaimana senaraikan semua pos-pos yang ada dalam sidebar blog. Add a Gadget blogger tak ada menyediakan gadget untuk senarai ini, jadi kita kena buat guna kod HTML.

Kita senaraikan semua pos-pos dalam sidebar jadi pengunjung boleh pilih mana satu pos yang dia minat nak baca, klik pos tu dan blogger terus akan buka pos yang diklik. Contoh senarai seperti dalam sidebar sebelah kanan blog ni bawah tajuk Pos:

Bagaimana cara untuk dapatkan alamat URL pos sila ikut panduan http://panduanuntukblogger.blogspot.com/2012/12/alamat-url-setiap-pos-blog.html.

Cara untuk buat sendiri dalam sidebar blog:

Dalam papan pemuka blogger klik Layout pada blog berkenaan;

Dalam muka Layout pilih satu Add a Gadget sidebar yang sesuai untuk letak senarai pos:

Lepas ini tetingkap Add a Gadget akan dibuka. Telusur kebawah dalam tetingkap ini dan klik pilih HTML/Javascript:

Kemudian tetingkap Configure HTML/Javascript akan dibuka. Taip tajuk yang sesuai untuk gadget ini dalam ruangan Title dan dalam ruangan Content taip kod HTML senarai pos seperti contoh yang diberi di bawah. Jangan lupa klik butang Save bila selesai:

Contoh kod HTML untuk pautan pada satu alamat URL pos (satu kod untuk satu pos. Taip sendiri kod HTML berpandukan contoh yang diberi ini tanpa sebarang kesilapan. Warna biru paste masukan alamat URL pos sementara warna merah taip tajuk pos:

Alamat URL Pos Blog

Berikut adalah contoh kod HTML yang digunakan dalam blog ini untuk senaraikan semua pos dalam sidebar. Warna biru adalah alamat URL setiap satu pos dan warna merah adalah tajuk bagi setiap pos. Gunakan contoh ini untuk taip dan buat dalam blog sendiri, gantikan alamat URL pos warna biru dan tajuk pos warna merah dengan apa yang terdapat dalam blog sendiri:

Muka Utama

Buka Akaun Baru Google

Dashboard Baru 2011

Panduan Buat Blog Baru

Cara Buat Blog Baru

Cara Buat Pos Blog

Cara Muatnaik Gambar Dalam Pos Blog

Alamat URL Setiap Pos

... seterusnya untuk pos-pos yang lain...

Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya.

Sebarang pautan balik dari blog anda adalah sangat-sangat dihargai. Alamat URL penuh adalah http://panduanuntukblogger.blogspot.com/.

Salam hormat dari

1 comment: