13 December 2012

Cara Buat Pos Baru Dalam Blog

Panduan cara bagaiman nak buat pos baru dalam blog.

1. macam biasa log masuk dalam blogger di sini.

2. bila dah masuk dalam papan pemuka blogger blog yang sedia ada akan dipamirkan. Kalau sebelum ni dah buat lebih dari satu blog, semua nama-nama blog akan disenaraikan dalam papan pemuka blogger:

2.1 klik pilih butang merah yang ada ikon pen di sebelah kanan blog yang berkenaan macam ni:


ATAU satu lagi cara:

2.2 dalam papan pemuka yang sama klik pilih nama blog berkenaan untuk buat pos baru:


2.2.1 Lepas klik pilih nama blog muka My Blogs akan dibuka dan nama blog yang dipilih tercatat di atasnya. Klik pilih butang New post:


3. Setelah pilih salah satu cara di atas muka untuk buat pos akan dibuka:


3.1 taip tajuk pos dalam ruangan Post Title yang disediakan.

3.2 taip isi kandungan pos dalam ruangan body post seperti yang ditunjuk.

3.3 ada beberapa kemudahan dalam tab menu yang disediakan boleh dipilih semasa menaip pos - jenis tulisan, bold, insert picture, insert video dan sebagainya.

3.4 ada 2 jenis mode yang boleh dipilih semasa menaip atau membuat pos. Compose mode atau pun HTML mode, sila pilih setiap mode untuk melihat perbezaannya dalam ruangan post:


3.4.1 Compose Mode:


2.4.2 HTML Mode - gunakan pilihan ini jika ingin masukkan sebarang kod program atau script ke dalam pos:


Sekian selamat mencuba dan selamat berjaya.









No comments:

Post a Comment