01 September 2012

Panduan Buat Backup Blog

Fungsi Export Blogs adalah digunakan untuk menyediakan backup atau menyimpan semua pos-pos yang ada dalam sesebuah blog dalam satu fail. Blogger akan mencipta satu fail dalam format .xml yang mengandungi semua pos-pos yang terdapat dalam sesebuah blog. Fail ini boleh disimpan dalam komputer sendiri dan boleh diimport kedalam mana-mana blog menggunakan fungsi Import Blogs.

Terdapat banyak blog yang telah dihapuskan oleh Blogger kerana didakwa telah melanggar peraturan Term of Service Blogger. Oleh kerana pihak Blogger menggunakan khidmat bot program untuk menentukan status sesebuah blog yang didakwa telah melanggar peraturan boleh membuat sesuatu blog yang tidak melanggar peraturan juga menjadi mangsa kerana dianggap sebagai blog spam. Sebelum ini terjadi sila backup blog anda menggunakan fungsi Export Blogs.

1. Klik pada nama Blog yang ingin dibuat backup seperti berikut:


2. Selepas klik nama blog muka My Blogs akan dibuka. Dalam muka My Blogs ini klik pilihan Settings dalam menu sebelah kiri:


3. Selepas klik Settings beberapa menu akan dibuka dibawah Settings. Dalam menu yang dibuka klik pilih Other seperti berikut:


4. Selepas klik pilihan Other muka Blog Tools akan dibuka. Klik pilih Export blog dalam muka Blog Tools ini seperti berikut:


5. Selepas klik Export blog tetingkap Export Blog akan dibuka. Klik butang merah Download Blog dalam teringkap ini seperti berikut:


6. Selepas klik butang Download Blog tetingkap Save File akan dibuka. Nama file .xml akan diberi (nama file ini boleh dipinda mengikut nama yang sesuai dengan blog sendiri semasa ianya disimpan). Klik tandakan butang Save File dan klik butang OK seperti berikut:


7. Pinda nama .xml yang sesuai jika perlu dan simpan file ini dalam folder komputer sendiri.

8. Fail .xml yang disimpan boleh digunakan dalam mana-mana blog lain dengan menggunakan fungsi Import Blog.

Peringatan: Fail .xml yang disimpan hanya mengandungi pos-pos yang terdapat dalam blog sahaja. Semua isi kandungan yang ada dalam sidebar blog anda tidak akan disimpan dalam fail ini, sila save sendiri isi kandungan sidebar blog anda satu persatu.


Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya.

Jika anda fikir pos ini boleh membantu pautan balik dari blog anda adalah sangat-sangat dihargai. URL http://panduanuntukblogger.blogspot.com/.

Salam hormat dari


No comments:

Post a Comment