13 December 2012

Muatnaik Gambar Dalam Picasa Web Albums

Panduan bagaimana cara muatnaik gambar ke dalam Picasa Web Albums.

Log masuk ke dalam Picasa Web Albums menggunakan ID dan katalaluan blogger (google) yang sama di sini

Dalam muka utama picasa web albums jika ada album yang telah dibuat sebelum ini semua akan dipamirkan di dalamnya. Semua gambar-gambar disimpan dalam album-album ini.


Untuk muatnaik gambar klik menu Upload;


Dalam muka Upload Photos and Videos berikutnya taip nama album dalam ruangan Album name atau klik add to an existing album dan klik pada ikon anak panah jika igin muatkan gambar dalam album yang sedia ada, pilih satu nama-nama album yang ada akan keluar dibawahnya:


Lepas itu klik butang Upload:


Lepas ini klik butang Select photos from your computer dan cari gambar berkenaan dari dalam komputer sendiri, gambar akan dimuatnaik dalam Picasa;


Gambar akan dimuatnaik dan ditunjukan, seterusnya klik butang Done;


Kembali ke muka utama Picasa, buka album berkenaan di atas, gambar yang dimuatnaik ada disimpan dalam album ini, klik pada gambar ini untuk lihat saiz sebenarnya:


Untuk dapatkan alamat URL pautan pada gambar ini klik Link to this Photo di sebelah kanan;


Lepas klik Link to this Photo alamat URL pautan pada gambar ini akan keluar di bawahnya. Pilih dan Highlight serta salin alamat URL pautan ini samada perlukan pautan terus atau pautan untuk embed gambar ke dalam pos blog;






0 comments: