24 December 2012

Cara Backup Pos Blog

Setelah bersusah payah menaip dan menyediakan pos dalam blog dalam jumlah yang banyak dan mengandungi maklumat-maklumat penting apa akan jadi jika satu hari nanti blog kita di delete oleh pihak blogger... semuanya akan hilang begitu sahaja. Ratusan ribu blog-blog yang ada dalam blogger hanya disemak dan disiasat menggunakan bot program yang dicipta. Telah banyak kali berlaku blog telah di delete oleh blogger tanpa sebarang alasan.

Oleh itu sebelum apa-apa berlaku selamat semua pos-pos blog anda dengan backup.

1. Log masuk dalam Blogger dan pilih blog berkenaan.

2. Dalam menu sebelah kiri klik Settings, klik Other dan klik Export blog:


3. kemudian dalam tetingkap Export blog yang keluar klik butang Download Blog:


4. Kemudian dalam tetingkap berikutnya blogger akan menunjukan nama file backup yang bakal disimpan dalam komputer sendiri. Nama file ini boleh dipinda kemudian. Klik tandakan Save File dan klik OK sertakan pastikan dalam folder mana file ini akan disimpan:


5. File disediakan dalam format .xml... file backup ini boleh diimport kedalam blog baru atau blog yang lain melalui fungsi Import blog.

No comments:

Post a Comment