24 October 2013

Tukar Pilihan Bahasa Dalam FaceBook

1. Dalam muka dinding (wall) anda sendiri klik bintang asterisk di sebelah atas kanan seperti berikut:



2. lepas klik bintang asterisk di atas menu Use Facebook as akan keluar di bawahnya. Klik pilih Account Settings dalam menu ni seperti berikut:


3. Lepas klik Account Settings tetingkap General Account Settings akan dibuka. Dalam tetingkap General Account Settings klik bahagian General dalam menu sebelah kiri, lepas tu klik Edit pada bahagian Language seperti berikut:



4. Lepas klik Edit Language FB akan buka kotak Choose Primary. Klik anak panah pada kotak Choose Primary untuk keluarkan senarai pilihan bahasa seperti berikut:


5. Lepas klik anak panah di atas senarai pilihan bahasa akan keluar di bawahnya. Pilih Bahasa melayu dalam senarai pilihan bahasa ini seperti berikut:


6. Selepas buat pilihan Bahasa Melayu jangan lupa klik butang Save Changes seperti berikut:


itu sahaja, selepas ini FaceBook akan menggunakan Bahasa Melayu seterusnya.

Kembali semula ke dalam muka dinding anda.




22 March 2013

Cara Sediakan Widget Follower

Panduan bagaiman masukan widget follower dalam sidebar blog.

1. Log masuk dalam Blogger di sini

2. Lepas log masuk dalam dashboard blogger pada nama blog berkenaan klik pilih option dan klik pilih Layout seperti berikut:


3. Lepas klik Layout window Layout akan dibuka, klik pilih salah satu Add a Gadget dalam sidebar blog di mana widget follower ingin di tempatkan:


4. Lepas klik Add a Gadget window Add a Gadget akan dibuka. Klik pilih menu More Gadgets dan schrol terus ke bawah cari gadget Follower:


4.1 Lepas schrol terus ke bawah sekali klik pilih gadget Followers:


5. Lepas itu window Configure Followers List akan dibuka. Taip sebarang tajuk yang sesuai dalam ruangan Title yang disediakan, klik tandakan kotak Use Template Default Styles dan jangan lupa klik Save:


6. Itu sahaja widget follower telah dimasukan dalam sidebar blog. Contoh widget follower dalam sidebar blog yang masih belum ada member seperti berikut:


sekian, selamat mencuba.



29 January 2013

Cara Masukan Gambar Dalam FaceBook

panduan cara masukkan gambar dalam FB. contoh untuk group anak-anak jelobu.

log masuk dalam FaceBook:

1. mula-mula klik Add Photo / Video di bahagian atas dinding group tu:


1.1. lepas klik Add Photo / Video klik pulak Upload Photos/Video yang keluar bawah tu:


1.2. lepas klik Upload Photos/Video tetingkap File Upload akan dibuka. Cari atau dapatkan gambar yang nak diupload dalam komputer sendiri klik pada gambar berkenaan lepas tu klik Open. Contoh ni untuk orang yang guna Window 7, kalai Window lain, lain sikit bentuk dia:


1.3. lepas klik butang Open tadi FaceBook akan cuba buka gambar yang dipilih. Kadang dia berjaya buka gambar kadang dia tak buka gambaru tu. Macam contoh ni dia tak dapat buka lagi gambar tu. Kalau dia gagal buka gambar tu klik pada tanda + macam berikut:


1.4. Tetingkap seperti di para 3 di atas akan dibuka semula. Cari sekali lagi gambar berkenaan, klik pada gambar dan kemudian klik butang open. Seterusnya FaceBook akan buka gambar berkenaan seperti berikut:



2. Untuk muatnaik gambar dalam ruangan komen cuma klik imej kamera yang ditunjukan:


kemudian teruskan ikut panduan di para 1.2 di atas.