13 December 2012

Cara Untuk Mendaftar Jadi Ahli Nuffnang

Panduan atau cara bagaimana untuk mendaftarkan jadi ahli iklan Nuffnang.

1. Log masuk ke laman nuffnang di http://www.nuffnang.com.my/.

2. Dalam laman nuffnang klik butang Join Nuffnang:


3. Lepas klik Join Nuffnang muka Registration akan dibuka seperti berikut:

3.1. taip nama pengguna untuk jadi ahli nuffnang dalam ruangan Usernama;

3.2. taip alamat email yang sah dalam ruangan Email;

3.3. taip kata laluan yang akan digunakan dalam ruangan Password;

3.4. ulang taip kata laluan dalam ruangan Verify Password;


3.5. bila dan siap klik butang Next di bawahnya:


4. dalam muka registration berikutnya:

4.1. klik pilih title dalam ruangan Title;
4.2. taip nama penuh mengikut kad pengenalan dalam ruangan Fullname (penting untuk bayaran);
4.3. taip no kad pengenalan sebenar dalam ruangan I.C. No. (penting untuk bayaran);
4.4. klik pilih jantina dalam ruangan Gender;
4.5. klik pilih tarikh lahir dalam ruangan Date of Birth. Nuffnang tidak siarkan tarikh lahir anda untuk tuntunan umum;
4.6. klik pilih bangsa dalam ruangan Race;
4.7. klik pilih agama dalam ruangan Religion;
4.8. klik butang Next;


5. dalam muka registration berikutnya:

5.1. taip alamat surat menyurat yang sebenar dalam ruangan Address;
5.2. taip nama bandar dalam ruangan City;
5.3. klik pilih negeri dalam ruangan State/Province;
5.4. taip nombor pos kod dalam ruangan Postcode/Zip;
5.5. taip nombor telefon dalam ruangan Primary Phone;
5.6. taip nombor telefon lain dalam ruangan Secondary Phone jika ada;
5.7. kemudian klik butang Next;


6. dalam muka registration berikutnya klik tandakan semua kotak pengeshan dan bila telah selesai klik butang finish.

7. tunggu pengesahan dari nuffang seterusnya.

sekian selamat mencuba.




0 comments: