02 September 2012

Cara Delete (Hapus) Blog

Dalam satu akaun blogger anda boleh buat seberapa banyak blog yang anda suka. Kesemua blog yang telah dibuat akan disenaraikan dalam papan pemuka (dashboard) blogger.

Panduan kali ini menunjukan bagaimana cara untuk menghapuskan (delete) salah satu blog yang tidak lagi diperlukan dari dalam papan pemuka blogger.

1. Log masuk ke dalam blogger di sini.

2. Selepas log masuk papan pemuka (dashboard) Blogger akan dibuka. Blog atau blog-blog sedia tersenarai dalam papan pemuka blogger seperti contoh berikut. Klik pilih nama blog yang hendak dihapus (delete), hati-hati jangan tersalah klik pada nama blog lain:


2.1 Selepas klik nama blog yang hendak dihapus klik pilih Settings dalam menu sebelah kiri skrin seperti berikut:


2.2 atau boleh juga terus klik Settings bawah Optins dari dalam papan pemuka Blogger seperti berikut:



3. Selepas klik Settings melalui para 2.1 atau 2.2 di atas muka Settings / Basic akan dibuka seperti berikut. Dalam menu sebelah kiri skrin di bawah Settings klik pilih menu Other:


4. Selepas klik menu Other muka berikut akan dibuka. Klik Delete Blog pada ruangan Blog Tools untuk hapus blog di atas:


5. Selepas klik Delete Blog di atas tetingkap Delete Blog akan dibuka. Jika terdapat pos-pos penting yang masih digunakan dalam blog lain pos-pos boleh di export, sila klik butang Download Blog terlebih dahulu (penerangan seperti di bawah). Setalah selesai export blog bolehlah klik Delete Blog untuk hapuskan blog berkenaan. Selepas Delete Blog blog akan terus dihapus:


5.1 Jika pilih Download Blog di atas satu fail .xml akan dibuka untuk disimpan dalam komputer sendiri. Fail ini mengandungi pos-pos dari dalam blog yang hendak dihapus. Fail .xml ini boleh diimpot dari dalam mana-mana blog lain sebagai pos biasa, sila rujuk panduan impot dalam senarai pos di sidebar sebelah.


6. Setelah blog hapus dalam papan pemuka blogger status blog yang telah dihapus akan ditunjukan. Klik menu Deleted blog ini jika ingin mendapatkan semula blog yang dihapus dalam tempoh 30 hari dari tarikh hapus blog:



Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya.

Jika anda fikir pos ini boleh membantu pautan balik dari blog anda adalah sangat-sangat dihargai. URL http://panduanuntukblogger.blogspot.com/.

Salam hormat dari

No comments:

Post a Comment